Saturday, November 22, 2008

Sabtu lagi...

Entah dah berapa minggu aku mula kelas..tapi yang aku perasan dah 2 bulan lebih. Sabtu cam biasa, hambar. Takde aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Aku keluar tadi pagi, pergi tolong en Azmi angkat barang ke flat baru dia. Lepas tu kami dijamu dengan mee goreng (spaghetti goreng). Thank Azmi n wife. Wah, si Haikal tu dah besar ar...Walaupun tak de lah besar cam aku, tapi dh besar sket dari tahun lepas...heheh. Kata Azmi haikal dah hampir 2 tahun...cepat mase berlalu. Dh boleh bercakap dah budak tu. dan yang best nye Haikal boleh faham bahasa Tatar coz nanny, auntie Redzie die org tatar
Balik kebilik, aktiviti aku ialah main ps2. Hambar, aku kalah beberapa kali dengan Azad...bagi 'can' ah...budak2.


Aku dan Haikal...BBQ GAMTET 2008

Malam...roomate aku sume pegi main futsal...aku tinggal sorang2 kat bilik. Cadangan aku nak study O&G. Al-maklumlah, exam lagi sebulan lebih. Buka buku..aduh tak menarik betul isi kandungan buku tu. Naik berpinau mata aku tengok huruf2 dalam buku tu...isk2 tak bole jadi, aku buka net and tengok buletin utama...tu memang hobi aku. tak nak tertinggal dengan berita2 utama kat Malaysia...erm ok, i guess that it is. cukup lah.

No comments: