Sunday, November 02, 2008

Hari Baru

Assalamualaikum...
Esok isnin...maknanya aku kena ke kelas. Esok mula cycle baru, Infectious diseases. kat 7th hospital, maknanya kena bangun awal and tunggu mashrootka. kul 6.45 dh kena gerak. kalau tak, ternganga ajelah tengok mashrootka tu lalu depan mata.
Hari ni aku plan nak settlekan case history. dh hampir 4 minggu pending. confirm aku akan terima hadiah dari pensyarah aku, yang juga merangkap vice-dean aku. terpaksalah tebalkan telinga ni. sape suruh bertangguh. bertangguh...tak menjadi. benar sungguh.
terbaca entry daripada link kt blogroll. pasal binatang huraish..menakutkan. mohon pada Allah agar aku bukanlah salah seorang yang dicari huraish. Mohon pada Allah, semoga iman ditingkatkan, mohon pada Allah agar diberi ilmu yang bermanfaat, mohon pada Allah diberi kesihatan dan kelapangan. mohon pada Allah diampunkan dosa...amin

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari Qiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara Langit dan Bumi dan lebarnya pula dari Timur hingga ke Barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Cuba kita fikir adakah mesej di atas sampai ke pengetahuan muslimin dan muslimat di Malaysia ini? Apa peranan kerajaan BN dalam memastikan orang Islam di Malaysia tidak termasuk di kalangan Binatang Huraisy kehendaki? Rasanya para Menteri sendiri yang Huraisy inginkan.

Jadi, saya menyeru kepada orang Islam seMalaysia agar mengambil kesempatan dengan nyawa yang ada sekarang termasuklah para Menteri agar dapat membetulkan keadaan dengan menunaikan Amanah dengan sebaiknya. Ditambah pula mempergiatkan Kempen Mencegah Maksiat, Kempen Solat, Kempen Tutup Aurat, Kempen Haram Arak dan Kempen Cintakan Akhirat. Jangan duk asyik sibuk kempen Jaga Alam Sekitar, Kempen Bertani dan kempen-kempen lain yang tidak ada pentingnya.

Sama-samalah kita orang Islam membuat perubahan...

(post dari link shamatun)

kepada saudara Faiz, thank for nasi lemak pagi tadi. Murah dan sedap. berbaloi. moga Allah lapangkan pintu rezeki saudara.

No comments: