Wednesday, November 19, 2008

Angin Ahmar...

Actually aku dh tidur. Sajer nak tido awal. Esok cycle baru bermula, professional diseases. Tiba-tiba tidur aky terganggu oleh suara2 'speaker' kawan2 aku yang duk Q&A sesama sendiri. Aku tengok jam. Kul 1.00am. Hampeh btol la budak2 ni. spoil tido aku ajer.

Telinga aku menangkap satu topic yang cukup menarik perhatian aku. angin ahmar. Kawan aku si A bertanya kepada si B. Begini soalannya " seorang pelajar Malaysia di Yaman mengadu kepada doctor. Komplen2 nya adalah seperti berikut, Tachycardia (degupan jantung yang tinggi), sweating, then, ada paralysis. yang peliknya paralysis ni lasts only for three days then hilang. So, bila balik si student ni pun pergilah jumpa doctor kt spital. Your first impression ialah:

So si B ni trylah bagi jawapan2 nya; TIA(transient ischemic attack), stroke; aa...maybe heart diseases. Setelah berbeta dengan suara yang meng iritate kan gegendang aku, akhirnya si B ni mengalah. Ape jawapannya? so si A ni pun cakap: Hypokalaemic neuropathy. Aku pun baru first time dengar. Hm..terang dia..selepas consultation, pesakit ni sekali lagi mengalami episode yang sama. So si doctor ni pun di panggil la kerumah. Suntikan Kalium (Pottasium) diberi dan kesan nya, paralysis tu hilang. OoooO..begitu ker,

Then budak B ni pun cakap" Eh, korang tau tak yang angin ahmar ni sejarahnya bermula semasa zaman Nabi Sulaiman a.s?" begini ceritanya (cerita ini aku copy and paste dari sebuah web hidayahnet)


SEJARAH ANGIN AHMAR



Penyakit angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan yang
biasanya datang secara tiba-tiba dan sukar pula diubati.
Walaubagaimanapun dengan rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya maka melalui Nabi Muhammad SAW, umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut.


Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya tersenderi, telah ada
semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa bangga diri. Dalam hatinya berkata siapakan makhluk allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia ang
besar, gagah, hebat serta garang. Nabi Sulaiman AS terkejut dan mengeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan
mengapa ia datang.


Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia di beri kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh memersap ke dalam urat saraf, darah dan otak seseorang sehingga hilang akal.


Nabi Sulaiman AS segera mengarah panglima-panglimanya agar membunuh
Ar-Raihul Ahmar itu, namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang.


Angin Ahmar masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari
ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah.


Ketika itu, turun Malaikat Jibril memberitahu bahawa Hassan terkena
penyakit Angin. Lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ghaib. Sebentar kemudian kembali
memberitahu Rasulullah bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacakannya walaupun sekali seumur hidup.


Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh Baginda
menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada umat Islam yang lain.


Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah berusaha
mengamalkan doa ini seberapa kerap, terutamanya selepas solat. Sesetengah ulama menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk
atau pingan putih, kemudian di basuh dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang terkena penyakit tersebut.


قُل هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ

“Katakanlah Muhammad, ” Bagi segenap orang-orang yang beriman Al-Qur’an menjadi petunjuk dan juga ubat. ”(QS.Fushshilat:44)

Wallahu a'lam

9 comments:

Anonymous said...

apa doanyer zul...email kt saya doa tu boleh?

Zulfahimi bin Husain said...

dbi saya email dah...

cleo said...

saya pn nk jgk blh x?

Zulfahimi bin Husain said...

erm...dh link dh ctu...klik aje kt doa ini. anyway, saya akan send jugak to your email

anap_ilmi said...

bile mau turun sini [jordan]..ahakz. ekceli sepupu aku de je situ...tp ppuan laa..

Zulfahimi bin Husain said...

woo....x tau ar..samada gi euro trip....blk malaysia ataupun kena praktikal. hmmm...siapa sepupu ko? thn brp?

cleo said...

maaflah xperasan yg dh di linkkan kt situ..tp thanx coz anta kt my email..syukran..

cleo said...
This comment has been removed by the author.
Zulfahimi bin Husain said...

'afwan