Sunday, November 30, 2008

Sabtu Lagi

Post ini sepatutnya aku endorse kan semalam, but for some reason it was delayed. Senalam juga aku dapat satu berita sedih dari Malaysia. Ayah su aku disahkan menghidap Hepatoma (Hepatocellular carcinoma) & Hepatitis A. Aku harap keluarga ayah su sabar menghadap dugaan Allah. Aku bercakap dengan ayah aku, ape yang confirmkan diagnosis hepatoma tu? briefly abah cakap dalam blood die ada α-fetoprotein, disamping the present of tumour marker cell dan cacexia...

Sebagai seorang anak saudara, aku tentu berasa sedih. Walaupun kami taklah berapa rapat, tapi dia tetap bapa saudara aku yang hormat. Dengan anak2 dia, boleh laa dikatakan rapat juga. Ayah su ni seorang yang mudah didekati dan dibawa berbincang. Mungkin kerana kerjayanya sebagai seorang guru menyumbang kearah itu. Keluarga ayah su agak besar. Beliau mempunyai 12 orang anak dan 2 isteri. Aku betul2 berharap yang penyakit ayah su curable. Aku juga berharap mak su & cu, kedua-dua bersabar dan tabah dengan ujian Allah Dari jauh aku hanya mampu berdoa…..




Saturday, November 22, 2008

HOLODOMOR...The Ukrainian Genocide


The Holodomor ( Голодомор) is the name given to the famine that took place in Soviet Ukraine in the 1932-1933 agricultural season, as part of a wider famine which took place in other regions of the USSR. The famine was caused by the food requisition actions carried by Soviet authorities. The Holodomor is considered one of the greatest national catastrophes to affect the Ukrainian nation in modern history where millions of inhabitants of Ukraine died of starvation in an unprecedented peacetime catastrophe. Estimates for the total number of casualties within Soviet Ukraine vary between 2.2 million and up to 14 million .

The reasons for the famine are a subject of current scholarly and political debate: there is no international consensus among scholars or politicians on whether the famine was specifically an unintended consequence of the economic problems associated with radical economic changes implemented during the period of Soviet industrialization or whether the Soviet policies that caused the famine were designed as an attack on the rise of Ukrainian nationalism . As of March 2008, the Berkhovnaya Rada (parliament of Ukraine) and several governments of other countries have recognized the actions of the Soviet Government as an act of genocide.





Holodomor...another episode of holocaust. A dark moment of humanitarian history


The joint declaration at the United Nations in 2003 has defined the famine as the result of cruel actions and policies of the totalitarian regime that caused the deaths of millions of Ukrainians, Russians, Kazakhs and other nationalities in the USSR. In 2008 the European Parliament has recognized the Holodomor as a crime against humanity.

Joseph Stalin...the mastermind

The famine of 1932-1933 followed the assault on Ukrainian national culture that started in 1928. The events of 1932-1933 in Ukraine were seen by the Soviet Communist leaders as an instrument against Ukrainian self-determination. At the 12th Congress of the Communist Party of Ukraine , Moscow-appointed leader Pavel Postyshev declared that "1933 was the year of the defeat of Ukrainian nationalist counter-revolution." This "defeat" encompassed not just the physical extermination of a significant portion of the Ukrainian peasantry, but also the virtual elimination of the Ukrainian Autocephalous Orthodox Church clergy and the mass imprisonment or execution of Ukrainian intellectuals, writers and artists.

By the end of the 1930s, approximately four-fifths of the Ukrainian cultural elite had been "eliminated". Some, like Ukrainian writer Mykola Khvylovy, committed suicide. One of the leading Ukrainian Bolsheviks,Mykola Skrypnyk, who was in charge of the decade-long Ukraininzation program that had been decisively brought to an end, shot himself in the summer of 1933 at the height of the terrifying purge of the CP(b)U. The Communist Party of Ukraine, under the guidance of state officials like Kaganovich, Kosior, and Pavel Postyshev, boasted in early 1934 of the elimination of "counter-revolutionaries, nationalists, spies and class enemies". Whole academic organizations, such as the Bahaliy Institute of History and Culture, were shut down following the arrests.

In the 1920s, the Ukrainian Autocephalous Orthodox Church (UAOC) had gained a significant following amongst the Ukrainian peasants due to the Soviet policy of weakening the position of the Russian Orthodox Church. Nonetheless, in the late 1920s the Soviet authorities closed thousands of parishes and repressed the clergy of the Ukrainian Orthodox church. By 1930 the church was taken off the Soviet Registry and the NKVD made sure that it did not exist unofficially.

Ukrainian music ensembles had their repertoires severely restricted and censored. Foreign tours by Ukrainian artists were canceled without explanation. Many artists were arrested and detained often for months at a time without cause. After not receiving any pay for many months, many choirs and artistic ensembles such as the Kiev and Poltava Bandurist Capellas ceased to exist. Blind traditional folk musicians known as kobzars were summoned from all of Ukraine to an ethnographic conference and disappeared.

Repression of the intelligentsia occurred in virtually all parts of the USSR. Despite the assault, education and publishing in the republic remained Ukrainianized for the years to come.

In 1935-36, 83% of all school children in the Ukrainian SSR were taught in Ukrainian even though Ukrainians made up about 80% of the population. In 1936 from 1830 newspapers 1402 were in Ukrainian, as were 177 magazines, in 1936 69 104 thousand Ukrainian books were printed.

Sabtu lagi...

Entah dah berapa minggu aku mula kelas..tapi yang aku perasan dah 2 bulan lebih. Sabtu cam biasa, hambar. Takde aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.
Aku keluar tadi pagi, pergi tolong en Azmi angkat barang ke flat baru dia. Lepas tu kami dijamu dengan mee goreng (spaghetti goreng). Thank Azmi n wife. Wah, si Haikal tu dah besar ar...Walaupun tak de lah besar cam aku, tapi dh besar sket dari tahun lepas...heheh. Kata Azmi haikal dah hampir 2 tahun...cepat mase berlalu. Dh boleh bercakap dah budak tu. dan yang best nye Haikal boleh faham bahasa Tatar coz nanny, auntie Redzie die org tatar
Balik kebilik, aktiviti aku ialah main ps2. Hambar, aku kalah beberapa kali dengan Azad...bagi 'can' ah...budak2.


Aku dan Haikal...BBQ GAMTET 2008

Malam...roomate aku sume pegi main futsal...aku tinggal sorang2 kat bilik. Cadangan aku nak study O&G. Al-maklumlah, exam lagi sebulan lebih. Buka buku..aduh tak menarik betul isi kandungan buku tu. Naik berpinau mata aku tengok huruf2 dalam buku tu...isk2 tak bole jadi, aku buka net and tengok buletin utama...tu memang hobi aku. tak nak tertinggal dengan berita2 utama kat Malaysia...erm ok, i guess that it is. cukup lah.

Wednesday, November 19, 2008

Angin Ahmar...

Actually aku dh tidur. Sajer nak tido awal. Esok cycle baru bermula, professional diseases. Tiba-tiba tidur aky terganggu oleh suara2 'speaker' kawan2 aku yang duk Q&A sesama sendiri. Aku tengok jam. Kul 1.00am. Hampeh btol la budak2 ni. spoil tido aku ajer.

Telinga aku menangkap satu topic yang cukup menarik perhatian aku. angin ahmar. Kawan aku si A bertanya kepada si B. Begini soalannya " seorang pelajar Malaysia di Yaman mengadu kepada doctor. Komplen2 nya adalah seperti berikut, Tachycardia (degupan jantung yang tinggi), sweating, then, ada paralysis. yang peliknya paralysis ni lasts only for three days then hilang. So, bila balik si student ni pun pergilah jumpa doctor kt spital. Your first impression ialah:

So si B ni trylah bagi jawapan2 nya; TIA(transient ischemic attack), stroke; aa...maybe heart diseases. Setelah berbeta dengan suara yang meng iritate kan gegendang aku, akhirnya si B ni mengalah. Ape jawapannya? so si A ni pun cakap: Hypokalaemic neuropathy. Aku pun baru first time dengar. Hm..terang dia..selepas consultation, pesakit ni sekali lagi mengalami episode yang sama. So si doctor ni pun di panggil la kerumah. Suntikan Kalium (Pottasium) diberi dan kesan nya, paralysis tu hilang. OoooO..begitu ker,

Then budak B ni pun cakap" Eh, korang tau tak yang angin ahmar ni sejarahnya bermula semasa zaman Nabi Sulaiman a.s?" begini ceritanya (cerita ini aku copy and paste dari sebuah web hidayahnet)


SEJARAH ANGIN AHMAR



Penyakit angin ahmar ialah penyakit mati sebahagian badan yang
biasanya datang secara tiba-tiba dan sukar pula diubati.
Walaubagaimanapun dengan rahmat Allah SWT kepada hamba-hambanya maka melalui Nabi Muhammad SAW, umat Islam dikurniakan doa yang sangat mustajab dan besar faedahnya bagi menjauhi penyakit tersebut.


Penyakit angin ahmar ini mempunyai sejarahnya tersenderi, telah ada
semenjak zaman Nabi Sulaiman AS. Semasa baginda mengadap segala rakyatnya termasuk segala jin, manusia dan binatang, tiba-tiba baginda merasa bangga diri. Dalam hatinya berkata siapakan makhluk allah yang tidak mahu tunduk kepadanya.
Seketika itu juga menjelma satu makhluk seperti lembaga manusia ang
besar, gagah, hebat serta garang. Nabi Sulaiman AS terkejut dan mengeletar lalu bertanya kepada lembaga itu siapakah dia dan
mengapa ia datang.


Lembaga itu menjawab bahawa dia adalah Ar-Raihul Ahmar(Angin Ahmar) iaitu penyakit yang amat berbahaya dari lain-lain penyakit. Ia di beri kuasa untuk mendatangkan kesakitan kepada anak cucu Adam, termasuk boleh memersap ke dalam urat saraf, darah dan otak seseorang sehingga hilang akal.


Nabi Sulaiman AS segera mengarah panglima-panglimanya agar membunuh
Ar-Raihul Ahmar itu, namun lembaga itu menjawab bahawa tiada sesiapa makhluk yang boleh membunuhnya, lalu segera menghilang.


Angin Ahmar masih ada hingga zaman Nabi Muhammad SAW dan pada hari
ini. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cucu baginda iaitu Saidina Hassan bin Ali pernah terkena penyakit rongga dan keluar darah.


Ketika itu, turun Malaikat Jibril memberitahu bahawa Hassan terkena
penyakit Angin. Lalu baginda bertanya adakah ubat penawarnya. Jibril menjawab 'ada' lalu ghaib. Sebentar kemudian kembali
memberitahu Rasulullah bahawa Allah SWT telah mengurniakan doa mustajab bagi sesiapa yang membacakannya walaupun sekali seumur hidup.


Baginda pun membaca doa ini, lalu Saidina Hassan pun sembuh Baginda
menganjurkan kepada para sahabat agar mengajarkan doa ini kepada umat Islam yang lain.


Kepada mereka yang terkena penyakit Angin Ahmar, hendaklah berusaha
mengamalkan doa ini seberapa kerap, terutamanya selepas solat. Sesetengah ulama menulis doa ini dengan dakwat pada mangkuk
atau pingan putih, kemudian di basuh dengan air lalu sebahagiannya di sapu pada anggota yang terkena penyakit tersebut.


قُل هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ

“Katakanlah Muhammad, ” Bagi segenap orang-orang yang beriman Al-Qur’an menjadi petunjuk dan juga ubat. ”(QS.Fushshilat:44)

Wallahu a'lam

Sunday, November 16, 2008

Tak de idea nak menulis. Tp gagahkan diri juga untuk menulis. Actually tg kebosanan. Nak buat case report (dh 4 minggu aku delay), aku takde pulak detail pasal patient aku. Si Arab kelas aku janji nak bagi detail, last2 dia bagi tau aku, tulis aje ape yang engkau nak. What the hell!! Ni namanya nak merosakkan rakan sebaya. Argh, tension.

Jam menunjukkan jam 11.18a.m. Budak2 dalam bilik ni masih melelapkan mata. Aku dah bangun lebih awal, kira2 jam 6.00a.m. Tunang aku telefon. Katanya on the way balik kampung, Pasir Puteh dengan adik ongsunya, Zahid. Wish you selamat tiba.

Semalam aku dijamu dengan BBQ. Roomate aku organise. untuk birthday mimi. Lepas lecture ECG, aku bergegas ke BBQ spot kt belakang 5th hostel.Sejuk dowh. aku rase semalam suhu mencecah +4°C. Sejuk...betul2 sejuk. Anyway, ayam panggang+coleslaw+mash potato+sos mexicano (modified)+black pepper sauce memang mantap. Thanx to member2 yang bertungkus lumus menjayakan program semalam and special thanx to Mohammad Taufik kerana kesudian belanja kami makan free semalam. Jazakallah!




Lecture ECG semalam memang kembali kepada asas. Yelah, mane tak nye diorang jemput pensyarah physiology (department pre-clinical; 2nd year) Adoi, tak termampu aku nk ingat balik semua mechanism of electric activity dalam heart muscle and etc. Adoih, tapi takpe, at least aku punyer memory refreshed. Thanx to the organiser.

So, as a conclussion aku dapat 2 benda semalam. Refreshed ECG (basic ECG) dan kenyangkan perut aku dengan ayam panggang. Malam langsung tak produktif. Aku lepak2 aje sambil main ps and internet. Sungguh hampeh

Monday, November 10, 2008

Malaysia vs Ukraine

Ni bukan perlawanan bola sepak, cuma perbandingan perbezaan antara Malaysia dan Ukraine. erm...Where do we start...



1 Geography
Malaysia- South East Asia
Ukraine- Eastern Europe

2. Language
Malaysia - Bahasa Melayu (I Refuse to recognise Bahasa Malaysia!!), English
Ukraine - Ukrainian Language, Russian Language, Crimean-Tatar Language

3. Religion
Malaysia- Islam
Ukraine - Christian Orthodox

4. Currency
Malaysia - Ringgit Malaysia (RM)
Ukraine - Ukrainian Hryvnia (UAH)

5. Capital
Malaysia - Kuala Lumpur
Ukraine - Kyiv

Lain-lain....yang tak ilmiah...
+Orang Malaysia (melayu) suka mandi, tapi ukrainian mandi seminggu sekali.
+Orang Malaysia suka makan pedas2, tp orang ukraine tak makan bawang pun!!
+Orang Malaysia sangat baik dan beradab, orang Ukraine sangat barbaric dan tak ada adab langsung!!
+Kat Malaysia xde snow, Kat UKraine snow sampai 4-5 bulan (sejok dowh)
+Kat Malaysia ada durian, ciku, rambutan etc etc, kat Ukraine ada strawberry, raspberry, peach, apricot....buah rambutan lagi sedap
+kat Malaysia Doctor sangat berkuasa dalam hospital, kat Ukraine Doctor kena marah ngan makcik cleaner...kesian
+kat Malaysia bel barang dapat plastik, kt Ukraine plastic pun kena beli

dan banyak lagi sebab-sebab yang buat aku rasa nak balik Malaysia sekarang dan tak mau pergi mane2...

Saturday, November 08, 2008

Sakitnya Mati...bersediakah kita?

Terbaca pos dalam laman tranungkite. Laman ni merupakan salah satu laman must-read aku. Tiap-tiap hari akan aku baca ape yang dipaparkan. hari ni, aku terjumpa satu sisipan yang buat aku terfikir. Mati
Bilakah saat kematian, bagaimana, dan dimana kita berada saat sang izrail mencabut nyawa kita. Saat itu, hilanglah segala keegoan, pangkat darjat, harta kekayaan, anak pinak, isteri-isteri dan segala-galanya. Pendek kata, sendiri tanpa berbekal apa pun. Yang tinggal adalah amal jariah dan sedekah yang kita lakukan.



"Apabila wafatnya anak adam, maka 3 perkara yang ditinggalkannya:-

1. Sedeqah jariah
2. Ilmu yang bermanafaat
3. Anak2 yang soleh yang mendoakan untuk kedua ibu bapa


Bersediakah kita wahai saudaraku?









"Allah merahsiakan saat kematian kita, adalah untuk melihat sejauh mana kita melaksanakan amalan yang telah ditetapkan kepada kita dan sedalam mana pula kita meninggalkan larangannya. Manusia yang hatinya sentiasa ingatkan mati, akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepadanya dengan lebih jujur, bersungguh-sungguh dan ikhlas untuk mendapat keredhaan Allah.

Manusia begini sentiasa merasai setiap tingkah lakunya diperhatikan oleh Allah SWT. Dan ia juga mengetahui setiap tanggungjawab dan amanah yang dipikul akan ditanya satu persatu oleh Allah di akhirat kelak.

Kesakitan bila nyawa dicabut oleh malaikatul maut tidak dapat dibayangkan sama sekali. Walau bagaimanapun Rasulullah mengingatkan tentang mati dan keseksaannya, maka sabda Baginda: Iaitulah sakitnya tiga ratus kali tetakan pedang." Bayangkanlah jika kita ditetak atau dipukul dengan kayu, rotan mahupun besi bukan banyak, cuma sekali saja, itupun sudah tidak dapat digambarkan kesakitannya. Inikan pula ditetak dengan tiga ratus tetakan.

Bayangkanlah sendiri. Cuba kita tanggalkan pula kuku daripada isinya, pastinya sakit tidak tertahan. Daging disiat-siat dan dilapah hidup-hidup, dahaga yang amat sangat sehingga air lautan di dunia ini tidak mampu menghilangkannya. Semuanya ini cuma secebis dari perbandingan kesakitan maut, malah beribu-ribu kali lebih sakitnya daripada itu. Oleh itu, untuk meringankan keseksaan roh ketika dicabut oleh malaikat maut,maka digariskan beberapa amalan tertentu yang perlu diamalkan.

Antaranya, sebelum tidur:
1) Bacalah surah Al-Ikhlas 3X
2) Selawat ke atas Nabi
3) Membaca tasbih Amalan harian: Sentiasa membaca Al-Quran Memelihara solat terutama solat fardu Menghormati (jangan bercakap) waktu azan diperdengarkan Membaca tasbih Membanyakkan sedekah Sentiasa berzikir menyebut Allah.

Amalan yang perlu dijauhi:
1) Dusta
2) Khianat
3) Mengadu domba
4) Kencing berdiri Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Bersuci kamu sekalian dari buang air kecil kerana sesungguhnya kebanyakkan seksa kubur itu dari sebab buang air kecil.

" Pada suatu hari malaikatul maut datang untuk bertemu dengan Nabi Idris as lalu Nabi Idris meminta agar malaikatul maut mencabut nyawanya dan kemudian Allah menghidupkannya kembali. Permintaan ini dilakukan untuk Nabi Idris as mengetahui kesakitan sakaratul maut agar taqwanya lebih mendalam dan teguh lagi. Maka Allah memberikan wahyu kepada malaikatul maut supaya mencabut nyawa nabi Idris dan dia meninggal ketika itu juga.
Malaikatul maut menangis dan memohon kepada Allah supaya Dia (Allah) menghidupkan kembali Nabi Idris lalu dimakbulkan Allah. Setelah di dapati Nabi Idris as sudah hidup kembali, malaikatul maut bertanya: "Ya saudaraku, bagaimana rasanya kesakitan maut?"

Jawab Nabi Idris: "Sesungguhnya jika dibandingkan sakit terkelupasnya kulit dalam keadaan hidup-hidup dan rasa sakit menghadapi maut adalah 1000 kali sakitnya." Kata malaikat maut: "Sesungguhnya saya melakukan dengan secara berhati-hati dan tidak kasar apabila mencabut nyawa engkau itu dan belumlah pernah aku lakukan terhadap seseorang pun."

Dirawayatkan lagi bahawa Nabi Isa as telah menghidupkan beberapa orang yang telah mati dengan keizinan Allah. Maka sebahagian orang kafir berkata: "Sesungguhnya engkau telah menghidupkan orang-orang yang telah mati yang masih baru, yang mungkin mereka itu belum benar-benar mati. Maka cuba hidupkan untuk kami orang yang telah mati seperti zaman yang awal dulu.

" Kata Nabi Isa as: "Cubalah kamu pilihkan?" Mereka berkata: Hidupkanlah untuk kami anak Nabi Nuh as (Sam bin Nuh)." Maka Nabi Isa as pergi ke kuburnya, lalu mengerjakan solat dua rakaat dan berdoa kepada Allah. Dan Sam bin Nuh dihidupkan kembali, tetapi rambut dan janggutnya sudah beruban. Nabi Isa as hairan kenapa jadi begitu.

Berkata Sam bin Nuh:
"Saya telah mendengar panggilanmu dan saya mengira hari kiamat telah tiba, maka rambut dan janggut saya berubah menjadi putih seperti ini dari sebab takutnya hari kiamat. Berkata Nabi Isa as: "Sudah berapa tahun kau meninggal dunia?" Kata Sam: "Semenjak 4000 tahun lalu dan masih belum hilang sakit dari sakaratul maut.""


(From tranungkite)

Friday, November 07, 2008

Young woman with Hepatitis

Sekarang aku cycle kt 7th hospital, department of infectious diseases. kelas aku kt tingkat satu, betul2 sebelah bilik2 patient yang HIV positive. Mak ai, nak kuar gi toilet pn takut. patient2 tu pandang kat aku semacam aje. oh tidak....aku diberi patient untuk di clerk. first time aku jumpe patient tu, aku dh dah agak yag die ni ada Hepatitis. Yelah kuning semacam aje. patint aku ni umurnya 23thn, dh kahwin ada anak sorang. masa inspection aku ada nampak kesan kelar kt tangan die, aku tanya apesal. dia refuse to eveal the true story. The worse thing, she also had kesan lebam2 kat tangan yang aku agak cause of parenteral drug usage (IVDU). Patient ni merokok and alcoholic.

Clinical Vignette:-

Patient Eugenia (not real name) come to department of infectious disease, 7th hospital with complaint of yellowish of skin, abdominal discomfort. She mention that 1 week before, she had flu, temperature 38'C. Flu and fever subsided as she took "Terraflu"(symptomatic treatment). The patient had C-section for the delivary of her first daugther 3 years ago, and blood transfusion during the operation. 4 month ago, patient visited dentist for tooth extraction.
On examination, she look pale and jaundice. No enlargement of tonsils, white patches on the tongue. Lungs auscultation reveal crepitation, no ronchi. Axillary temperature recorded - 37'C.
Heart sound is rhytmic, S1S2, no murmur. On palpation, abdomen is tender on the right epigastric region. Liver enlarged (size 9x11x11- Kurlov's), spleen enlarged. no masses palpable in intestines. Symptom Pasternaskiy negative on both kidneys.
Plan: CBC, Urine FEME, LFT, ELISA, AlAT, Billirubin, Plasma Glucose (patient refuse liver biopsy)

the results came back yesterday. ELISA show :

HAV IgM -
HBeAg +
HBsAg +
HBcAG IgM +
HCVAb IgM +

Conclusion: Acute Viral Hepatitis B, Jaundice stage

Sedih, mude lagi dh kena Hep. ape nak buat....so kerja aku sekarang ialah prescribe the medication

Regime: stationary
Diet: 5a
Detoxication: Phillip's solution, 'Trisol' (three salts)
Hepatoprotector: Carsil
Vitamins: A,B,C,E

Sunday, November 02, 2008

Hari Baru

Assalamualaikum...
Esok isnin...maknanya aku kena ke kelas. Esok mula cycle baru, Infectious diseases. kat 7th hospital, maknanya kena bangun awal and tunggu mashrootka. kul 6.45 dh kena gerak. kalau tak, ternganga ajelah tengok mashrootka tu lalu depan mata.
Hari ni aku plan nak settlekan case history. dh hampir 4 minggu pending. confirm aku akan terima hadiah dari pensyarah aku, yang juga merangkap vice-dean aku. terpaksalah tebalkan telinga ni. sape suruh bertangguh. bertangguh...tak menjadi. benar sungguh.
terbaca entry daripada link kt blogroll. pasal binatang huraish..menakutkan. mohon pada Allah agar aku bukanlah salah seorang yang dicari huraish. Mohon pada Allah, semoga iman ditingkatkan, mohon pada Allah agar diberi ilmu yang bermanfaat, mohon pada Allah diberi kesihatan dan kelapangan. mohon pada Allah diampunkan dosa...amin

KISAH BINATANG YANG BERNAMA HURAISY


Dikisahkan dalam sebuah kitab bahawa apabila tiba hari Qiamat nanti maka akan keluar seekor binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara Langit dan Bumi dan lebarnya pula dari Timur hingga ke Barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang ."

1. Orang yang tidak mengerjakan solat.

2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.

3. Orang yang menderhakai kedua orang tuanya.

4. Orang yang suka minum arak.

5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia.



Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian. Cuba kita fikir adakah mesej di atas sampai ke pengetahuan muslimin dan muslimat di Malaysia ini? Apa peranan kerajaan BN dalam memastikan orang Islam di Malaysia tidak termasuk di kalangan Binatang Huraisy kehendaki? Rasanya para Menteri sendiri yang Huraisy inginkan.

Jadi, saya menyeru kepada orang Islam seMalaysia agar mengambil kesempatan dengan nyawa yang ada sekarang termasuklah para Menteri agar dapat membetulkan keadaan dengan menunaikan Amanah dengan sebaiknya. Ditambah pula mempergiatkan Kempen Mencegah Maksiat, Kempen Solat, Kempen Tutup Aurat, Kempen Haram Arak dan Kempen Cintakan Akhirat. Jangan duk asyik sibuk kempen Jaga Alam Sekitar, Kempen Bertani dan kempen-kempen lain yang tidak ada pentingnya.

Sama-samalah kita orang Islam membuat perubahan...

(post dari link shamatun)

kepada saudara Faiz, thank for nasi lemak pagi tadi. Murah dan sedap. berbaloi. moga Allah lapangkan pintu rezeki saudara.

Saturday, November 01, 2008

MAS vs Air Asia


Tavrey Aviacompany
Thai International Airways

Aeroflot Russian Airlines

Gulf Air

Air Asia

Turkish Airlines


Malaysia Airlines..kebanggaan rakyat Malaysia
assalamualaikum...
dalam sibuk2 aku search tiket balik summer nnt, terjumpe plak entry akhi2 kt jordan pasal 2 national flag carrier ni. satu tambang murah, satu tak murah sangat.
pada aku la, aku lebih prefer fly dengan Malaysia Airlines. sebabnya? mestilah Malaysian Hospitality ya, bg kawan2 kt middle east, mereka biasa fly ngan gulf punye carriers. aku plak, dgn eastern europe punye flight yg mcm nk terhempas tu. ha..aku pernah fly ngan aeroflot n tavrey airlines. lepas tu terus aku taubat nasuha. tak mau dh naik flight diorg. mintak ampun. dengan stewardess yg rude, tak ckp english, old aircraft, makanan yg entah pape tah, check in yg langsung x efficient dan transit yg unorganised etc. siap lost luggage lagi. terpaksa lagi aku bribe custom kt airport sbb nk suruh diorg trace bag aku cepat. hampeh
berbeza dengan flight kebanggaan aku, masuk aje aircraft...welcome sir..siap dengan senyuman lagi. makanan...mmg best. mmg ada tokoh world best cabin attandents, world best airlines. cuma yg problem nye...tak on-time...selain flight yg aku kira middle age lah.
dibandingkan dengan flight yg lain, turkish airlines pn aku minat gak. saban tahun aku naik THY ni. yah mmg setanding dengan MAS. Selain tu, aku pernah gak naik Gulf Air n Thai International. Air Asia tak lah pernah pulak aku naik. entah, tak berminat plak. mcm x confident plak nk naik.
Pada pendapat aku, mmg patut la skytrax bg MAS 5 stars. valued for money!! look forward to fly with MAS. Have a pleasent flight!!