Thursday, June 26, 2008

Penentuan

Esok adalah segala-galanya. Esok adalah hari penentuan. erm...begitulah detik hati aku. Esok adalah hari terakhir aku exam. Paper terakhir aku, Pediatrics (kepada yang tak tau, pediatric= cabang perubatan yang berkenaan dengan kanak-kanak - so sila tahu!!). Ayo-ayo, rase-rasenye pediatric ni adalah salah satu cabang perubatan yang paling mencabar. Semua petunjuk makmal dalam disiplin pediatric ni berbeda, ikut tahap umur pesakit. contohnya, jumlah sel darah merah bagi bayi yang baru lahir, tentu sahaja tidak akan sama dengan yang berusia 3 tahun, apatah lagi dengan yang berusia 12 tahun.
Dalam aku sibuk menyiapkan diri aku untuk 'bertempur' dengan examiner esok hari, masih sempat aku mencuri waktu untuk update blog. wah2 senang nye hati ko. Ko ingat esok examiner tu nak bagi ko markah free. Kena tolak markah lagi adela...
Antara kemahiran-kemahiran yang akan diuji oleh examiner untuk disiplin pediatrics ini ialah..communication skill (ayo...ni yang susah, aku tak reti nak pujuk budak-budak), laboratory investigation, physical examination (inspection, palpation, percussion, auscultation), additional method of investigation (ECG,EEG, X-Ray, etc)., disamping teori yang bersepah-sepah tu. erg...bukan setakat migraine, stroke pun bole kena.


Inilah senjata utama aku untuk masuk dalam exam!!

Haha....tapi seperti yang aku kata dulu, tiket balik aku tu beri perangsang. and doa kawan-kawan dan keluarga sentiasa jadi azimat buat aku. tak lupa gak, tunang aku yang tak jemu-jemu beri perangsang buat aku...:)
Merci bien, spasiba!! dah le...bole sambung balik kot, sebelum aku assume aku punye jaga malam ni sia-sia. ops...special thank to Mr Dino Rizal yang sudi doakan aku tadi. love you dude.

1 comment:

JHaZKiTaRo said...

salam ziarah dari bumi Dublin.. jemput2lah ke blog hamba.. :)