Euro 2008...hehe
Alhamdulillah...till this time aku dah melalui 2 exam dengan selamat. syukur2...Exam yang seterusnya, psychiatry. tak berat sangat. bole la santai2 sikit.
Perasaan aku sekarang ni bercampur baur...antara study and excited nak balik malaysia. Rasa-rasanya balik Malaysia tu adalah salah satu motivasi buat aku, selain doa-doa dari kawan-kawan dan orang-orang yang menyayangi aku.
Hari ni aku off belajar...ni sume gara-gara euro...perlawanan malam ni turkey vs croatia. aku memang menyokong pasukan turkey ni...TURKIYE!! Kagum melihat semangat mereka, selain mereka saudara seislam. Bukan itu sahaja, aku memang sangat admire dengan bumi turkey itu sendiri. Istanbul, metropolitan yang aku dah banyak kali singgah. tanpa jemu. serius!! Bagi aku, Istanbul itu romantik, Istanbul memberi ketenangan dan buat aku menghayati dan mengagumi sejarah Islam. Bagaimana kegagahan empayar Uthmaniah di bumi eropah dan asia. kagum...
Istanbul...tunggu kedatangan aku....
InsyaAllah, dalam beberapa hari lagi aku akan menjejakkan kaki aku ke bumi Istanbul. dapat menghayati keindahan Selat Bosphorus, masjid biru, istana topkapi, menikmati keenakan makanannya dan keramahan penduduk bumi Istanbul. Selain itu, aku memang rindu terhadap keluarga aku, tersangat rindu. doakan akan kepulangan aku dan kejayaan aku dalam peperiksaan....
No comments:
Post a Comment