"Kerajaan terpaksa menaikkan harga
petrol berikutan kenaikan hraga minyak
global..subsidi kerajaan dikurangkan.."
Kes 1 :Jika Petronas yang menampung
subsidi:
Tahun 2005 untung Petronas adalah
RM58.037b
Subsidi tahun 2005 adalah RM16b
Untung-subsidi= RM42.037b
Tahun 2006 untung Petronas adalah
RM76.3b
Subsidi tahun 2006 =RM23b
Untung-subsidi=RM53.3b
Ini bermakna kenaikan pendapatan
RM11.263b
Kes 2-Jika subsidi ditanggung kerajaan
melalui sumbangan Petronas:
Tahun 2005 kutipan Kerajaan pada
Petronas = RM31.1b
Subsidi tahun 2005 =RM16b
Baki= RM15.1b
Tahun 2006 kutipan kerajaan pada
Petronas = RM41.7b (anggaran asal
adalah RM39.924b)
Subsidi pada 2006 = RM23b
Baki=RM 18.7b
Kenaikan pendapatan sebanyak
RM3.6bilion.
[1.Subsidi RM35bilion tidak boleh
dikira kerana ianya bagi seluruh tahun
2007 dan pendapatan Petronas bagi Mac
2007-Mac 2008 belum diperolehi.
2. Subsidi pada 2006 iaitu RM23bilion
adalah sekiranya harga minyak tidak
dinaikkan kepada 30 sen.Subsidi sebenar
minyak pada tahun tersebut adalah
RM19bilion berdasarkan ucapan
Belanjawan 2007 Abdullah Ahmad Badawi]
Kita tidak meminta agar petroleum
dinikmati rakyat secara percuma.Kita
cuma pohon agar harga petroleum adalah
munasabah dengan keadaan hidup
rakyat.Adalah amat tidak munasabah
membandingkan harga minyak Malaysia
dengan Singapura yang hampir 2.5 kali
lebih mahal dari kita sedangkan umum
mengetahui pendapatan purata rakyat
Singapura adalah 5 kali lebih tinggi
dari rakyat di sini.
Nikmat khazanah Malaysia ini sepatutnya
dinikmati semua rakyat.Bukan sekadar
dinikmati oleh bekas pemilik MISC atau
pemilik Scomi!
Duit kita bukan abis pada minyak.Tapi
abis pada kroni.Abis pada korupsi.Nun
skabndal PKFZ,rugi 3.5b.Skandal Sukhoi
dan kapal selam,komisen 1b (Bank Dunia
kata komisen tertinggi dalam dunia),AP
1.8b,Buat railway gi Thailand kemudian
tangguh rugi 4b,Bail out Scomi,MISC dan
UEM,rugi dekat 6b.jual MV Augusta 1
euro,rugi 500j.Bangunan Matrade,rugi
120j.Beli jet Pak Lah,habis 200j.
Ini lah sebenarnya yang akan
membangkrapkan Malaysia.
Wednesday, February 20, 2008
Bahang Pilihanraya Bah.4...
Posted by Zulfahimi bin Husain at 11:20 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment