Friday, March 07, 2008

Vote for better future

"Tangan yang menghayun buaian, mampu menggoncang dunia". Itulah dia wanita. Sempena Perayaan Hari Wanita sedunia esok, yang mana sama tarikhnya dengan pilihan raya umum ke12.Undi-undi wanita inilah yang saya kira akan menentukan corak kepimpinan negara malaysia.



Harapan kita, agar tangan-tangan kaum wanita memangkah Barisan Alternatif kerana nasib anak-anak kita dapat berubah dengan perubahan yang signifikan di dalam sistem politik Malaysia. Sejak 50 tahun kemerdekaan, tidak dinafikan Malaysia maju dibawah pemerintahan Perikatan / UMNO. Walaubagaimanapun, pembangunan yang tidak seimbang tidak mendatangkan apa-apa faedah. Jika materialistik yang diukur, tentu nampak kejayaan Barisan Nasional. Jika pembangunan sahsiah yang dicari, tenggelam terus imej Barisan Nasional.
Kadar jenayah meningkat berterusan, rasuah, rogol, rompak, jenayah kolar putih, biru, sumbang mahram, rempit dan sebagainya tidak langsung menunjukkan kadar penurunan. Kemiskinan tegar masih banyak dikalangan melayu-bumiputra. Kenaikan harga barang secara tidak terkawal walhasil dari peningkatan mendadak harga petrol, indeks ketelusan kerajaan yang merudum, kuasa beli rakyat yang berkurang (walhal baru saja gaji dinaikkan, pelik??), penipuan dalan indeks kecekapan yang diumumkan oleh kerajaan. Ini adalah simbol kebobrokan kerajaan yang memerintah kini.
Pembangkang datang dengan idea negara berkebajikan. Saya melihat ini sebagai jalan keluar dari masalah-masalah yang disebut. Bukan mahu memanjakan rakyat marhaen dengan subsidi, tetapi sekadar mengurangkan beban rakyat. Para menteri boleh la berkata, itu dan ini, kerana mereka tidak dikenakan tol, tidak dicaj petrol, gaji hampir beratus kali ganda kakitangan awam biasa, naik kapal terbang pun tak kena caj!!. Walhal mereka sepatutnya merasa kesusahan rakyat kerajaan kebebalan mereka yang ghairak merompak hasil-mahsul bumi Malaysia. Perangai mereka ini tak ubah seperti penjajah. Ada pula cerita-cerita yang tidak sedap didengar tentang ada anak kemenakan orang-orang atasan (rasa-rasanya taklah perlu disebut siapa, kerana umum sudah mengetahui) yang bercita-cita menjadi PM di usianya mencecah 40 tahun. Tak salah bercita-cita tinggi, tapi biarlah guna jalan yang bersih. bukan guna kedudukan anda sebagai orang yang ada hubungan dengan pihak yang tertentu. Dengan imej anda yang kotor lagi jijik, adakah anda fikir anda layak menerajui Malaysia? Ilmu agama anda dah cukup ke nak jadi pemimpin?? Fikir-fikirlah.
Kita sebagai rakyat yang bebas fikirannya, waras dan cintakan keadilan, buatlah pilihan yang sehabis bijak. Timbanglah perkara-perkara yang dah dibuat oleh kerajaan selama ini. Adakah ianya menjaga kebajikan anda. Jika tidak, ubahlah kerajaan ini agar ianya memberi manfaat kepada anda, dan generasi masa depan anda. Vote for change, vote for better future!!. Buat Barisan Alternatif, doa kami dari perantauan semoga perjuang kalian diberkati Allah. Buat pengundi-pengundi yang bijaksana, Ingat setiap undi anda akan menentukan masa depan Malaysia dan yang paling penting setiap apa yang anda buat (termasuk mengundi kerjaan yang bobrok) akan dipersoalkan di akhirat....wallahu a'lam

No comments: