Wednesday, March 12, 2008

Islam & Perubatan 2: Ar-Razi

Abū Bakr Muhammad ibn Zakarīya Rāzi (ابو بکر محمد بن زكريا الرازی‎; Latin: Rhazes atau Rasis) seorang cendiakawan Islam berbangsa Parsi. Beliau merupakan seorang pakar kimia,(alchemist, chemist), pakar perubatan, filasuf,dan pakar rujuk di zaman beliau. Beliau dilahirkan di wilayah Rayy, Iran, dalam tahun 865 masihi (251 AH), dan meninggal dunia di kampung halaman beliau pada 925 masihi (313 AH).



Ar-Razi merupakan pengasas dan banyak menyumbang karya-karya agungnya dalam bidang perubatan, alkimia, dan falsafah, dianggarkan terdapat sebanyak 184 karya beliau dalam bentuk buku dan artikel-artikeldalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan dan sains. Ar-Razi telah mengintegrasikan ilmu-ilmu perubatan Arab, Parsi, Greek and India dan memajukan ilmu-ilmu tersebut melalui pemerhatian dan eksperimen-eksperimen.Beliau merupakan pelopor utama bidang perubatan berasaskan eksperimen dan beliau dianggap sebagai Bapa pakar Pediatrik (the father of pediatrics) . Beliau juga adalah pengasas disiplin Pembedahan saraf (neurosurgery) dan ofthalmologi.

Ar-Razi telah berkhidmat dibandar kelihiran beliau sebagai pakar perubatan. Beliau telah mengepalai Hospital Rayy (Cf. ibn Juljul, al-Qifti, ibn abi Usaibi'ah), di era pemerintahan Gabenor Rayy ketika itu (Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad ibn Asad 290-296 (902-908 C.E.) . Ar-Razi telah mendedikasikan kitab beliau al-Tibb al-'Mansurito Mansur ibn Ishaq ibn Ahmad, sebuah manuskrip hasil tulisan tangan beliau. Semasa era pemerintahan Kalifah Al-Muktaktafi, Ar-Razi telah berhijrah dari Rayy ke Baghdad. Beliau sekali lagi diberi kepercayaan untuk mentadbir sebuah hospital di Bandar Baghdad.

Selepas kemangkatan Kalifah al-Muktafidalam tahun 295 (907 C.E.) Ar-Razi telah kembali ke Rayy mula mengumpul pelapis beliau.

Bagaimanapun, ditengah-tengah usaha beliau mengembangkan ilmu pengetahuan yang ada, beliau telah menjadi buta. Ramai yang beranggapan penyabab utama beliau menjadi buata ialah kerana terlalu banyak makan broad bean (baqilah). Bermula dengan cataracts dan berakhir dengan total blindness. Ada yang menyatakan bahawa beliau enggan dirawat kerana beliau telah letih dengan dunia ini. Bagaimanapun menurut al-Biruni, beliau enggan dirawat kerana beliau merasakan bahawa ajalnya sudah hampir. Beliau telah meninggal dunia beberapa selepas beberapa ketika di Rayy, pada 5 Sha'ban 313 (27 October, 925 C.E.).

Sumbangan dalam ilmu perubatan.



Penyakit Cacar dan Penyakit Campak (Smallpox and measles)

Beliau merupakan orang yang pertama menerangkan tentang penyakit cacar (Smallpox) dan penyakit campak. Dalam kitab karangan beliau, al-Judari wa al-Hasbah beliau menerangkan tentang etiologi, pathogenesis dan klinikal dan rawatan bagi penyakit ini dan telah diterjemahkan dalam beberapa bahasa. Beliau juga) telah menhuraikan perbezaan antara kedua penyakit tersebut.

Alahan dan Demam (Allergies and Fever)

Beliau telah menghuraikan kaitan alahan dengan serangan astma,beliau juga adalah sarjana yang pertama menulis tentang allergy dan immunology. Beliau juga telah mengaitkan insiden serangan rhinitis semasa musim bunga. Dalam karangan beliau ada menyebut bahawa demam adalah mekanisma pertahanan semulajadi badan untuk melawan penyakit.

beliau juga telah memperkenalkan beberapa peralatan bagi disiplin farmasi seperti mortar, spatula etc dan juga merupakan pelopor bagi disiplin etika perubatan.

Karya-karya


Pic: Colophon-Razi's Book of medicine for Mansur

* al-Hawi (Arabic الحاوي), al-Hawi al-Kabir (Arabic الحاوي الكبير). Also known as The Virtuous Life, Continens Liber. The large medical Encyclopedia containing mostly recipes and Razi's notebooks.
* Isbateh Elmeh Pezeshki (Persian اثبات علم پزشكى), An Introduction to Medical Science.
* Dar Amadi bar Elmeh Pezeshki (Persian درآمدى بر علم پزشكى)
* Rade Manaategha 'tibb jahez
* Rade Naghzotibbeh Nashi
* The Experimentation of Medical Science and its Application
* Guidance
* Kenash
* The Classification of Diseases
* Royal Medicine
* For One Without a Doctor (Arabic من لايحضره الطبيب)
* The Book of Simple Medicine
* The Great Book of Krabadin
* The Little Book of Krabadin
* The Book of Taj or The Book of the Crown
* The Book of Disasters
* Food and its Harmfulness
* al-Judari wa al-Hasbah, The Book of Smallpox and Measles
* Ketab dar Padid Amadaneh Sangrizeh (‍Persian كتاب در پديدآمدن سنگريزه) (Stones in the Kidney and Bladder)
* Ketabeh Dardeh Roodeha (Persian كتاب درد روده‌ها)
* Ketab dar Dard Paay va Dardeh Peyvandhayyeh Andam
* Ketab dar Falej
* The Book of Tooth Aches
* Dar Hey'ateh Kabed ‍(Persian در هيأت كبد)
* Dar Hey'ateh Ghalb (About Heart Ache)
* About the Nature of Doctors
* About the Earwhole
* Dar Rag Zadan (Persian در رگ زدن)
* Seydeh neh/sidneh
* Ketabeh Ibdal
* Food For Patients
* Soodhayeh Serkangabin (Persian سودهاى سركنگبين) or Benefits of Honey and Vinegar Mixture
* Darmanhayeh Abneh
* The Book of Surgical Instruments
* The Book on Oil
* Fruits Before and After Lunch
* Book on Medical Discussion (with Jarir Tabib)
* Book on Medical Discussion II (with Abu Feiz)
* About the Menstrual Cycle
* Ghi Kardan or vomiting (Persian قى كردن)
* Snow and Medicine
* Snow and Thirst
* The Foot
* Fatal Diseases
* About Poisoning
* Hunger
* Soil in Medicine
* The Thirst of Fish
* Sleep Sweating
* Warmth in Clothing
* Spring and Disease
* Misconceptions of a Doctors Capabilities
* The Social Role of Doctors

selain karya yang disebut diatas, Ar-Razi juga menulis ratusan kitab ilmu falsafah, tauhid, metafizik, alkimia, kimia dsb.

No comments: