Sunday, February 08, 2009

Tanpa tajuk

Aku gemar dengan gambar ini...apa kaitan ianya dengan tulisan aku?



Bertemu Lagi…

Assalamualaikum wbt…

Decided to update this blog setelah mengabaikannya sekian lama. Erm…segala tension, pressure, depression dan ‘gila’ yang disebabkan oleh exam tempoh hari, telah pun aku buang jauh-jauh. Jauh sehingga tak nampak dek pandangan mata, tak tercari dan tak terdengar oleh sang telinga.

Semester baru dah pun bermula. Aku dah selamat pun menghabiskan 2 cycle academic aku; Battlefield (Military) Medicine dan Hospital Surgery (kenapa dipanggil hospital surgery, aku sendiri kurang pasti!). Sekarang aku sedang belajar management of surgical patient in battlefield (cycle Battlefield Surgery). Hmm…kursus-kursus ini nampak ‘cool’ bagi sesetengah medical student, tapi bagi aku ianya menyeksakan, kerana kurangnya rujukan dalam bahasa inggeris, apatah lagi dalam bahasa melayu, langsung tiada rasanya.

Oh ya, selepas tamat peperiksaan lepas, aku bercuti selama hampir 1 bulan. Tak ke mana pun, cuma duduk sahaja di bilik. Cuba untuk membaca beberapa buku yang aku pinjam dari perpustakaan.

Beberapa peristiwa menarik berlaku semasa cuti semester tempoh hari, antaranya ialah Majlis angkat sumpah President Amerika Syarikat Barrack Hussein Obama, Krisis gas di Eropah, Peristiwa President Bush dilontar dengan kasut dan sebagainya. Aku juga kehilangan seorang bapa saudara aku…meninggal akibat Kanser Hati (hepatocellular carcinoma). Aku agak bersedih dengan pemergian adik ayah aku ini. Aku Cuma mampu pohonkan doa bagi roh arwah..

Cepat betul masa berjalan! Sudah enam tahun aku merantau di bumi Ukraine ini. Mencari ilmu dan insyaAllah akan pulang berbakti untuk nusa tercinta. Aku harus admit, banyak perkara yang telah aku belajar dan tempuhi dalam tempoh jangkasa itu. Banyak benda yang mengajar aku tentang kehidupan, yang baik, yang buruk, hitam putih dan banyak lagi….Aku masih punya masa. Semoga Allah mudahkan jalan aku, berkati rezeki aku….insyaAllah Amin

4 comments:

anap_ilmi said...

saya dah kembali..mai la dtg tgk

Zulfahimi bin Husain said...

huhu...selamat kembali

Balqis said...

Salam..

Battlefield (Military) Hospital Surgery??

Macam medical catastrophe ker? Atau Surgical of extreme condition?

pelik juga ya, cycle Russian dan English medium agak kurang sama.

Zulfahimi bin Husain said...

mcm surgical of extreme condition. but plus with combat tactical and battlefield hospital setup.