wa...lame betul tak update blog ni. busy manjang. banyak betul kawan2 yg mengakhiri zaman bujang kebelakangan ni. kepada ali csmu, tahniah semoga jodoh berkekalan hendaknya. kepada kawan2 di smar..amar, fairos alias, aminuddin...nanti kawin hangpa jgn lupe invite aku.eloklah cepat2 akhiri zaman bujang korang. zul sendiri pun jealous ni. kena tunggu abis blaja baru boleh kahwin. wah, parah tu nak menunggu. tua la jawabnye....anyway, mcm biasa ade keratan dari harakahdaily pasal article kahwin...sudi2 la bace yek
Pernikahan paling diberkati yang paling sedikit mas kahwinnya
Mon | Sep 11, 06 | 01:13:19 PM
Oleh LanH
Dalam artikel lalu, antara lain, penulis menyatakan: "Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44. Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT. "
Apa yang ditulis pada keluaran lalu, benar-benar berlaku sekarang ini. Sebagai seorang Muslim dan bapa kepada beberapa orang anak remaja yang akan berkahwin suatu masa nanti, eloklah penulis menyentuh hal ini supaya masyarakat Islam dapat bersama-sama membanteras gaya hidup baru yang tidak Islamik ini.
Kebetulan kelas pengajian kuliah Subuh yang penulis ikuti di masjid sekarang ini membiacara soal nikah. Ustaz terbabit tidak terlepas daripada memberitahu jemaah bahawa perkahwinan dengan hantaran wang sebegitu banyak bukan daripada ajaran Islam.
Beliau memberitahu dua sebab mengapa amalan berkenaan mesti ditentang selain daripada membazir dan menunjuk-nunjuk. Pertamanya ia dikhuatiri akan menjadi contoh kepada masyarakat dan yang kedua perkahwinan gah begini akan mengecilkan hati orang miskin dan tidak mampu.
Jika orang berada dan berpangkat berbangga dan menghebahkan seluruh negara akan hantaran dan pemberian hadiah yang sebegitu besar, dikhuatiri ia akan menjadi panduan masyarakat. Tidak menghairankan jika bakal keluarga pengantin perempuan akan menuntut wang hantaran sekurang-kurangnya RM10,000, RM15,000 dan RM20,000.
Ada akan jadi dengan masyarakat jika keadaan ini berlaku? Mampukah anak-anak muda yang baru bekerja atau keluar dari universiti menyediakan jumlah wang sebegini besar sedangkan keinginan mereka untuk kahwin sudah memuncak.
Seorang anak muda lulusan universiti (untuk ijazah pertama) ketika mula bekerja sudah berusia 23 tahun. Gaji permulaannya mungkin RM1,300 sebulan. Ditolak dengan bayaran pinjaman pendidikan, pinjaman kereta, sewa bilik, pemberian kepada keluarga dan pelbagai perbelanjaan lain, mungkin dia dapat menyimpan RM200 sebulan.
Jika dihitung setahun, dia baru mampu mengumpul RM2,400. Kalau 10 tahun menghimpun, dia baru mengumpulkan RM24,000. Ketika itu pun umurnya sudah terlajak ke 33 tahun.
Bagi kebanyakan anak muda, pada usia 25-30 tahun, mereka sudah 'gatal' untuk kahwin. Tapi wang tiada. Disebabkan oleh 'segolongan manusia' yang gila glamour dan sebagainya, ibu bapa 'buah hati' mereka akan tetapkan wang hantaran melampau seperti RM10,000, RM20,000 atau RM30,000. Cuba bayangkan bagaimana anak muda kita hendak 'cekau' duit sebegitu banyak bagi membolehkan mereka kahwin?
Bukankah ini akan menimbulkan masalah besar dalam masyarakat. Bukankah akan berlaku fitnah paling hebat dalam masyarakat? Anak-anak muda yang kemaruk untuk kahwin tetapi tidak dapat kahwin akan menerbitkan rangkaian masalah yang bukan saja menjejaskan masyarakat tetapi juga negara, bangsa dan agama.
Ustaz itu bertanya betapa banyak bakal pengantin dan keluarga pengantin cuba mendalami pengajian agama. Katanya, tidak ramai sebab kebanyakan manusia hari ini mengejar dunia dan segala perhiasannya. Jika mereka tahu ilmu agama tidaklah mereka berbuat seperti hari ini. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: "Sebesar-besar berkat penikahan ialah yang sedikit mas kahwinnya."
Apa sebenarnya yang sedang berlaku kepada masyarakat kita? Nampaknya, masyarakat sedang menuju ke arah fitnah terbesar sedangkan sebahagian besar anggotanya tidak menyedarinya. Mereka yang mengaku beragama Islam tidak lagi hidup berpandukan ajaran Rasul tetapi mengikut hawa nafsu yang berdasarkan logik akal masing-masing.
Dalam bab perkahwinan ini pun, orang Islam tidak mengikut contoh yang ditunjukkan Rasulullah s.a.w. tetapi membiarkan diri mereka terjerumus ke dalam lembah yang ditunjuki oleh orang Yahudi dan Nasara.
Misalnya, dalam bab berpakaian, orang Islam yang berkahwin pun mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara. Sedangkan sudah jelas dinyatakan salah satu perkara yang membezakan antara orang Islam dengan orang Islam ialah dari segi berpakaian.
Jika pengantin wanita Islam memakai pakaian yang mendedahkan tubuh badan mereka, apakah yang membezakan antara diri mereka dengan orang bukan Islam? Jika mereka memakai gaun menunjukkan sebahagian buah dada atau telanjang belakang (bare back), apa bezanya mereka dengan orang bukan Islam.
Jika Allah SWT mengancam menghumbankan si kufur ke lembah azabnya, apakah jaminan untuk orang Islam yang hidup mengikut telunjuk Yahudi dan Nasara tidak sama dicampakkan ke sana.
Alangkah peliknya sesetengah anggota masyarakat kita hari ini. Ramai daripada kita hidup bagai 'sumpah-sumpah' yang boleh bertukar 'color' (warna). Jika nikah di masjid, boleh pakai tudung litup, majlis bersanding boleh pakai gaun dedah sana dedah sini. Jika khatam Quran, begitu manis bersopan bertudung litup tetapi pada majlis jamuan, tudung ke mana, pakaian seksi juga jadi kebanggaan.
Yang dibimbangi, golongan ini akan menjadi ikutan, 'set trend' dalam masyarakat. Akan timbullah kata-kata seperti, 'si dia tu boleh buat begitu, kenapa kita tidak boleh?' 'Si dia tu, boleh bikin pelamin dalam masjid, kenapa kita tidak boleh?' 'Anak dia dapat hantaran RM22,222.22, kenapa anak kita tidak boleh dapat RM33,333.33 kerana anak dia lulus SPM saja sedangkan anak kita lulusan universiti luar negara?'
Ustaz kuliah Subuh itu cukup bimbang, perkembangan hal ehwal kahwin di negara kita sedang menuju apa yang berlaku di sesetengah negara Arab. Katanya, di negara berkenaan, adalah sukar seorang bujang berkahwin kerana tuntutan keluarga pengantin perempuan terlalu banyak dan tinggi. Misalnya, menyediakan rumah, kereta dan pembantu rumah.
Mampukah si bujang menyediakan kemewahan ini sedangkan mereka 'baru nak kenal hidup'. Ramailah anak bujang Arab, jadi bujang terlajak. Ramai yang kahwin warga asing dan tak kurang juga yang hanyut di kota-kota maksiat seperti Bangkok, London dan Paris.
Jadi kepada mereka yang prihatin kepada kesucian Islam, marilah sama-sama membanteras amalan kurang sihat yang mula menular dalam masyarakat kini. Tidak kiralah sama ada anda ustaz, jurutera, tukang masak, pekedai, atau orang kaya raya atau berpangkat, marilah bersama-sama kita melawan golongan yang hidup tidak berpandukan agama ini.
Antara langkahnya boleh dimulai dengan keluarga sendiri. Janganlah kita mengada-ngada meletakkan hantaran anak-anak kita RM1/2 juta, RM222,222.22, RM77,777.77 atau RM22,222.22. Ingatlah pernikahan paling diberkati adalah yang paling sedikit mas kahwinnya seperti disabdakan oleh junjungan besar kita.
Artikel Kepilan
Masyarakat Melayu perlu hentikan segera sifat boros, membazir
Teras Pengupayaan Melayu (Teras) sekali lagi menggesa masyarakat Melayu supaya menghentikan segera sifat boros dan membazir serta memberikan keutamaan kepada perkara yang lebih bermanfaat.
Akhbar tempatan sebelum ini mendedahkan berita perkahwinan yang menelan belanja berjuta-juta ringgit dan terbaru sebuah lagi perkahwinan yang mendapat liputan utama akhbar tempatan turut menelan belanja berjuta ringgit.
Perkahwinan sememangnya satu perkara yang baik bahkan dituntut oleh agama Islam sendiri tetapi apa yang dipersoalkan di sini ialah kenapa berita ini yang digembar-gemburkan oleh media serta menjadi lebih penting daripada berita yang lain sehingga mendapat liputan muka depan.
Apakah tidak ada lagi isu-isu lain yang lebih penting daripadanya sedangkan masih banyak isu-isu lain yang perlu diutamakan.
Teras kesal dengan apa yang digembar-gemburkan oleh akhbar-akhbar tempatan kita yang begitu mengutamakan berita perkahwinan ini memandangkan ia menggambarkan kepada umum bahawa masyarakat Melayu lebih mengutamakan budaya pembaziran, kemegahan, hiburan dan turut memalukan bangsa.
Apa yang dilakukan oleh seseorang itu adalah haknya tetapi tidakkah kita merasa prihatin, sensitif dan peka dengan isu lain yang lebih penting untuk diutamakan seperti nasib kanak-kanak, wanita dan orang tua yang menjadi mangsa perang terbaru di Lebanon, Afghanistan, Iraq, Chechnya, dan Palestin.
Saban hari media elektronik dan cetak mendedahkan nasib penduduk di pedalaman Baling, Padang Terap, Sik, dan tempat-tempat lain lagi yang memerlukan pembelaan tetapi malangnya ada segelintir yang sanggup berhabisan berjuta ringgit untuk perkara lain sedangkan ada lagi perkara penting yang perlu diutamakan.
Teras memandang berat perkara ini kerana masyarakat Melayu perlu meletakkan Islam sebagai landasan bertindak untuk membawa perubahan ke arah sebuah masyarakat Melayu yang menterjemah seluruh ajaran Islam secara kaffah dalam kehidupan sam ada secara menyentuh persoalan hal ehwal peribadi, berkeluarga, bermasyarakat, berorganisasi dan bernegara.
Sehubungan itu, Teras mengharapkan masyarakat Melayu Islam menghentikan segera tabiat boros, membazir dalam perbelanjaan, dalam majlis perkahwinan, lebih mengutamakan simpanan untuk masa depan pendidikan anak-anak dan mengelakkan kemewahan hidup yang melampau.
Mengadakan majlis perkahwinan yang mewah adalah satu pembaziran, malah melanggar ia sudah melanggar syarak kerana ia sudah menjadi satu yang riak, takbur, membazir dan melampau serta memberikan mesej yang salah kepada masyarakat dan mewujudkan kelas dalam masyarakat.
Mohd Azmi Abdul Abdul Hamid
Presiden Teras Pengupayaan Melayu
Wallahu a'lam
Monday, September 18, 2006
welcome back...
Posted by Zulfahimi bin Husain at 8:53 pm 0 comments
Sunday, March 26, 2006
friendship
Assalamualaikum wbt....
friendship...our live joyfull because of friendship. true friend is friend indeed. they share happiness, sad, glory, victory, down, etc. imagine live without friends. isn't it dumb?? friends are people who understand your heart, be there when needed, protect you, cheer you, support you, calm you. do you can rely on your friends?? some people got so many friends, but none of them are trustable. you are lucky if you have not so many friend and they all can support you in happy and sad time. pious gave us so many advices in order to choose friend. below i attached the words of Imam Shafie Rahimullahu Alaih (translation in malay language). russian proverb state that (ДРУЖБА....до гробовой доски!!)friendship to the death(if literally translated it will be like this 'friendship till the coffin's plank), english poverb also stated that friend in need is friend indeed. there are sometimes that our true friend became our enemy. sometime, friend stab their comrade from behind. such betrayal is unforgivable. so, be carefull with people who you friend with!!
with the groupmates...209mk. the real international group
with groupmates liu yan (prc, left) and theodorus (right, greece)
with my best friend vilor and his cousin, erol (in the middle)
Nasihat Imam Syafie Untuk Mencari Ssahabat
> TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi. Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen. Dalam hal ini, Imam al-Syafie ada memberikan nasihat dalam soal persahabatan. Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku mencintai sanak saudaraku. Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati. Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan selalu setia padanya. Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk berkenalan kerana aku akan berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percayadiri. Mencari sahabat pada waktu susah. Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi sahabatku?"
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun apabila giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan. Pasang surut persahabatan. Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang baik. Namun, ketika musibah menimpaku,kudapatkan mereka tidak ubahnya roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit, tidak seorang pun yang menjengukku. Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku berselimut derita mereka bersorak sorai.Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat. Apabila tidak ketemu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Posted by Zulfahimi bin Husain at 9:48 pm 5 comments
Saturday, March 25, 2006
the magnificent CRimEA.......
1- 'Kara Dag' the golden gate in Black Sea
2- The Crimea State Medical University Symbol...isn't it great??
3- Khan Palace in Bachchisaray - former tatar sultan's authorities symbol which remains untill this day
4- steppe mountain (picture in koktebel, crimea)
5- Ai-Petri Hill...tousist attraction in Yalta
6- Black Sea
7- Balaklava (near sevastopol)
8- spring view from Crimean mountains
9- Sevastopol Fleet...The Russian Marine Fleet in Ukraine...it's the biggest Naval Port in the world
Posted by Zulfahimi bin Husain at 7:34 pm 0 comments
Ukraine....has not yet die....Ще Не Вмерла Україна!
aha..Assalamualaikum wbt...i choose to write something about crimea...it is the main tourist spot in ukraine. ukraine (uk-ra-i-na, uk-ra-nia) - in russian langguage mean 'at the border (margin)'. it is because ukraine located between the former USSR and poland, romania, slovakia, hunggary. the ethnic here is Ukrainian, Russian, greek, moldovian, german, polish, turk, crimean tatar, khazan tatar, monggol tatar, romanian, korean, etc. after The Union collapsed, ukraine move toward eu country. the economy chiefly depend on the plantation (pig, sun flower oil, coal mines, some minerals), weapons (armor, tanks, light combat jet), aerospace, nuclear technology, etc. although the country rich with natural products, ukraine remain among the poorest country in europe. wonder why?? but what made we proude of ukraine is that ukraine is going to compete in the final round of world cup. hahaha... about crimea. the main attraction here are the natural, the monument of the last khannate, the palace of the russian emperor (tsar), the golden beach and war monument in sevastopol (balaklava). the main tourist is extremely crowded in summer. this can be seen on late april up to september. we also enjoy the summer in beach and bathing, excursion, bundle, souveneir, milk shake (malochniy cocktail)it the thing that malaysian never miss here. here i uploaded the scene of crimea. hope you'll like them. about our university, crimea state medical university. it is a university that enroll the most foreign student in ukraine. most of the foreign student comes from Malaysia (about70%), people republic of china, canada, turkey,greece, germany, kenya, nigeria, russia, poland, uzbekistan and other CIS countries, israel, middle east, afghanistan, pakistan, etc. it about 60-70 student from different countries, continent studying in varies areas in medicine in CSMU. actually, i'm proud of my university and not regret to choose to study in this university, just sometimes i think it is crazy to be here. hm...ok, now let moves to tazkirah article. for today, i choose the article wrote by Dr. Amran kasimin from UKM ----Kematian adalah rehat daripada kedukaan dunia----
Soal Jawab Agama Oleh Dr. Amran Kasimin SOALAN: Saya seorang saudara baru yang baru sahaja kehilangan suami yang dikasihi dalam usia terlalu muda. Beliau seorang yang bertanggungjawab, prihatin, pengasih, mendidik kami dan selalu berjemaah ketika berada di rumah.
Tidak lama selepas pemergiannya, saya mula sakit hingga sekarang. Terasa dunia ini tidak bercahaya, malap seumpama kubu yang menyerkup kepala. Saya tabah menghadapi hidup ini, tetapi saya berasa lebih tenang ketika berada di pusaranya.
Saya tidak sedar yang saya sedang merintih hampir lebih daripada satu jam. Saya tahu, tidak elok saya selalu berbuat demikian, tetapi hanya itulah yang boleh saya lakukan untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan.
Adakah suami saya menyedari rintihan saya setiap hari? Adakah dia bergembira sekarang atau dia juga terlalu kesunyian rindu keseorangan. Zainab, KK.
JAWAPAN: Apabila seseorang itu hampir tiba ajalnya, maka Allah akan memerintahkan malaikat maut mengambil nyawanya. Ketika itu malaikat akan tahu bila seseorang itu akan mati, di mana dan dalam keadaan bagaimana. Sebelum itu malaikat tidak tahu.
Setiap orang mempunyai ketentuan ajal masing-masing. Apabila kematian seseorang itu telah ditentukan, maka ajal itu akan datang, tidak berganjak, terdahulu atau terkemudian daripada tarikh yang telah ditetapkan. Itulah ketentuan daripada Allah yang tidak dapat diingkari oleh manusia. Allah mahukan agar setiap hamba-Nya reda dengan qadak dan qadar ketentuan Allah.
Apabila nyawa seorang Islam yang beriman itu hendak diambil, Allah mewahyukan kepada malaikat maut, ``kirimkan salam-Ku kepadanya.'' Maka apabila malaikat itu datang kepadanya untuk mengambil rohnya, malaikat akan berkata: ``Tuhanmu kirim salam padamu.''
Dalam sebuah hadis lain, daripada Muhammad al-Quradzi menyatakan bahawa apabila sampai ajal seorang mukmin, datanglah malaikat maut berkata: Sejahtera di atasmu wahai kekasih Allah. Allah mengirim salam padamu. Dalam surah an-Nahl: 32 dijelaskan, orang-orang yang bertakwa ialah mereka yang dimatikan dalam keadaan yang baik oleh para malaikat dengan mengucapkan kepada mereka, ``selamatlah kamu.''
Abu Hurairah memberitahu, bahawa Rasulullah ada bersabda menyatakan bahawa sesungguhnya orang yang beriman itu apabila hendak diambil rohnya, maka datanglah malaikat rahmat yang membawa sehelai sutera putih, lalu keluarlah daripadanya wangian. Wanginya lebih harum daripada bau kasturi, sehingga sebahagian mereka dapat menghidunya. Mereka menamakannya dengan sebaik-baik nama untuknya, sehingga mereka membawanya ke sebuah pintu daripada pintu langit.
Para malaikat bertanya, apakah bau-bauan ini didatangkan dari bumi. Setiap kali ia memasuki langit, penjaga-penjaga pintu akan mengucapkan kata-kata seperti itu, sehingga dia bersama segala roh orang yang beriman.
Dalam sebuah hadis lain, Abu Hurairah memberitakan bahawa Nabi bersabda: Sesungguhnya orang mukmin itu apabila tiba ajalnya, datanglah kepadanya malaikat dengan sekeping kain sutera, padanya ada kasturi, ambar dan harum-haruman. Maka mengalirlah rohnya seperti tercabutnya sehelai rambut daripada adunan tepung dan diucapkan kepadanya: Wahai jiwa yang tenang, keluarlah dalam keadaan reda atas kamu menemui Allah dan kemuliaan-Nya. Apabila rohnya telah keluar, ia diletakkan di atas kasturi juga bau-bauan, lalu kain sutera itu pun dilipat dan dibawa bersamanya ke Illiyiin - hadis riwayat al-Barra.
Rasulullah menjelaskan bahawa roh seseorang yang beriman itu tidak akan dicabut, keluar daripada jasad sehinggalah Allah memperlihatkan tempatnya yang kekal kelak, iaitu di syurga.
Sesungguhnya, kematian bagi orang yang beriman itu adalah rehat daripada segala kedukaan dunia. Dalam keadaan seumpama ini, tidak ada sesuatu perkara yang ghaib, yang dinantikan oleh orang yang beriman, lebih baik daripada kematian.
Sesungguhnya, kehidupan di dunia ini pinjaman semata-mata. Orang yang bijak akan menjadikan dunia ini laluan semata-mata, seumpama tidak ubah orang yang menyemai, bakal dituai di akhirat kelak. Itulah orang yang mendapat hidayah Allah, mentaati perintah-Nya dan menjauhi segala larangannya.
Manusia hidup perlu berjuang. Mempunyai tanggungjawab yang mesti dipikul, untuk diri sendiri, keluarga, agama dan negara. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Yang terbaik menang, dan yang leka akan tinggal ke belakang. Itulah adat perjuangan. Kekayaan yang dimiliki, anggota tubuh badan yang dinikmati mesti digunakan sebaik mungkin, termasuk usia yang diberi.
Semuanya akan ditanya oleh Allah, untuk apa, bagaimana dan kenapa ia digunakan. Mereka yang terpesona dengan keindahan dunia akan hanyut di bawah tekanan dan kekangan nafsu. Kerana itu, selagi nyawa ada di badan, perjuangan mesti diteruskan.
Orang yang beriman, menggunakan segala amanah yang diberi oleh Allah sebaik mungkin, sentiasa bersedia menghadapi mati, lantaran mati itu boleh berlaku pada bila-bila masa menurut ketentuan Allah.
Sebelum mati, ia akan didatangi oleh malaikat maut yang membawa salam daripada Allah, petanda kasih Allah, menjemput kekasih-Nya kembali menemui-Nya. Sebelum roh berpisah dengan jasad, Allah perlihatkan syurga baginya.
Syurga adalah kemuncak segala nikmat yang tidak dapat diluahkan melalui ungkapan kata. Bagi mereka yang berjuang untuk hidup di dunia, untuk diri, agama, negara, keluarga dan kerana Allah, apabila diperlihatkan kepadanya syurga, hamba berkenaan akan merasai betapa nikmatnya hidup di syurga, berbanding dengan hidup di dunia yang penuh dengan pelbagai perjuangan, hiruk-pikuk penipuan dan pesona.
Orang yang berada dalam pesona syurga, ketika dalam keadaan sakaratul maut tidak dapat menahan diri untuk menikmati syurga yang diperlihatkan kepadanya.
Walaupun demikian, hamba berkenaan tidak akan dapat menikmati kehidupan di syurga, kecuali setelah mati terlebih dahulu. Kerana itulah hamba berkenaan terlalu inginkan mati, untuk segera menikmati syurga.
Mati bererti menemui Allah, kerana itu, apabila seorang hamba yang beriman itu reda untuk mati, bererti dia reda untuk bertemu Allah. Dalam keadaan sedemikian rupa, apabila seseorang itu reda untuk bertemu Allah, maka Allah lagi suka menemui hamba berkenaan.
Hibaan bin al-Aswad pernah berkata, ``mati itu lebih baik bagi menyampaikan seorang yang kasih, kepada kekasihnya, iaitu Allah''
Sesungguhnya, apabila seseorang itu telah meninggal dunia, hakikatnya dia telah meninggalkan kehidupan yang fana, yang tidak kekal ini. Apabila dimasukkan dalam kubur, dia berada di alam arwah atau alam roh-roh. Kehidupan di alam kubur adalah sebahagian daripada alam akhirat. Di antara alam fana dan alam akhirat ada pendinding yang tidak boleh tembus-menembusi di antara satu dengan yang lain.
Bagi orang yang beriman, selain dipermudahkan ketika sakaratul maut, diberi penghormatan seperti yang dijelaskan dalam hadis-hadis yang diterangkan di atas, ia juga diberi nikmat ketika di kubur. Kerana itu, persoalan sama ada roh suami puan sekarang dalam keadaan gembira atau terlalu kesunyian merindukan puan tidak timbul sama sekali.
Perbandingan seorang mukmin ketika hidup di dunia, adalah seperti janin dalam kandungan ibunya. Apabila dia telah keluar daripada kandungan, dia menangis di tempat keluarnya, sehingga dia melihat sinar dan menyusu, ketika itu dia tidak ingin lagi untuk pulang ke dalam rahim.
Begitulah keadaan orang yang beriman yang telah mati dan menemui Tuhannya, tidak lagi dia ingin untuk kembali ke dunia, tidak ubah seumpama janin yang tidak ingin ke dalam rahim ibunya.
Gambaran nikmat yang dijelaskan ini adalah bagi mereka yang beriman. Ketika hampir mati dan melihat apa yang telah disediakan oleh Allah untuk dirinya, mereka begitu ingin untuk keluar dari dunia, iaitu mati. Bagi orang kafir, apabila hampir mati dan melihat apa yang disediakan oleh Allah, akan menjadi benci untuk keluar dari dunia, kerana itu Allah juga benci menemuinya.
Ibn Juraij memberitahu bahawa Nabi pernah bersabda kepada Aishah radialahuanha: Apabila seorang mukmin itu melihat para malaikat, mereka akan bertanya: Inginkah engkau kiranya kami kembalikan engkau ke dunia. Orang yang beriman itu bertanya: Ke negeri sedih dan dukacita. Kerana itu segeralah bawa kami kembali kepada Allah subhanahu wa taala.
Mati bukan penghujung kehidupan seseorang yang sebenar, kerana selain daripada hidup di dunia, manusia akan dibangkitkan di akhirat yang kekal lagi abadi. Allah menjanjikan kebahagiaan mereka yang beriman kepada-Nya di dunia dan di akhirat, termasuk ketika menghadapi saat genting sakaratul maut.
Berdukacita, merintih rindu tidak berupaya merobah keadaan biar sedikit pun. Allah mengasihi suami puan dan mengambilnya lebih awal dalam dakapan kasih-Nya. Allah lebih mengetahui untuk membalas hamba yang dikasihi-Nya, lebih daripada apa yang puan boleh lakukan untuknya, kerana Allah itu Maha Pengasih Lagi Penyayang yang tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang manusia.
Suami puan tidak keseorangan didakap rindu kerana meninggalkan dunia yang penuh dengan pelbagai dukacita. Zaid bin Aslam pernah memberitahu, ``apabila seorang mukmin itu didatangi waktu hampir mati, akan diucapkan kepadanya, jangan kamu takut terhadap peristiwa yang akan berlaku, di mana ketakutan pasti terhapus.
``Jangan dukacita terhadap dunia dan penghuninya, iaitu keluargamu. Gembirakan dengan nikmat syurga, di mana segala kebimbangan akan lenyap. Jangan berdukacita, kamu pasti akan meninggalkannya, padahal ketika itu, iaitu sebelum meninggal, Allah telah pun menenangkan hatinya.''
Ad-Dhaaak menjelaskan bahawa kegembiraan itu diketahui oleh mereka yang beriman sebelum roh berpisah dari badan dan mereka telah mengetahui di mana mereka akan berada, iaitu di syurga.
Tidak mudah mengikis rasa rindu kehilangan orang yang dikasihi. Demikianlah di antara tanda-tanda kasih sayang. Tidak mudah memujuk kesunyian hilang teman, hilang tempat bergurau senda dan mengadu kasih, tempat harapan. Berapa berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Walaupun demikian, kalau setiap orang itu berupaya memikiri tentang ketetapan Ilahi, qadak dan qadar ketentuan Allah, kesedaran akan timbul, bahawa tidak ada manusia yang berupaya mengubah ketentuan-Nya. Allah Maha Mengetahui rahsia yang tidak terungkai oleh pemikiran manusia di atas ketetapan-Nya.
Sesungguhnya di sebalik rindu dan rasa hampa, tenaga, masa dan pelbagai usaha tetap diperlukan untuk menghadapi sisa-sisa hidup yang masih tidak menentu. Kerana itu usaha memperoleh tenaga dan rintihan terhadap orang yang telah pergi adalah sesuatu yang sia-sia
Posted by Zulfahimi bin Husain at 12:46 pm 0 comments
Friday, March 24, 2006
NEW DAY HAS COME (",)
hm...i'm starting my new job...write in this blog. dunno what to write, but i guess it will start with some info about my life here, in ukraine. i'm not really like this country, actually. especially the weather. i'm here for study and i never dream to be here..but...it seems like i found something interesting here. i make a lot of friend here, not only malaysian but also from others country. my groupmate come from different countries. some come from greece, from germany, people republic of china, kenya, libya, yemen and palestine also. we speak in different language. sometimes i speak in arabic language, but i alway speak in english and russian. russian became my second language (may be first!!).
actually i like to study here. the life is not that hectic (compare to those who study medicine in malaysia). really, i finished my 3 yrs dip in uitm (not medicine). it seems that doing my dip is more difficult than doing my MD. waa...how come..dunno?? may be life here. you just go to class, come back revision. no midvalley, no bowling, no mamak stalls. just class and my house. oh ya....i'll tell you about my life in our flat..hehehe..it's quite interesting. but not now. wait aa..
oh ya...here is my article that was posted in portal ukhwah...
------------------------------------------------------------------------------------
Islam dan Tidur
Diluluskan pada Selasa, 13 September 2005 @ 16:48:28 oleh istisafa
drzul-f menulis "Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri." Hadis ini menampakkan tentang kaitan di antara mengantuk dan penurunan kualiti amal serta produktiviti seseorang.
Kesan Mengantuk Ke Atas Ekonomi Dan Juga Produktiviti.
Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca dari mengantuk dan kurang tidur. Justeru itu kerana kepentingannya, kerajaan Amerika telah menubuhkan sebuah yayasan yang bernama Yayasan Tidur Negara (National Sleep Foundation) untuk mengkaji tentang kesan tidur terhadap produktiviti kerana masalah ketiduran (insomnia and sleeping problems) telah memberikan banyak kesan negatif kepada manusia dan ekonominya. Pada tahun 1995, Jabatan Pengangkutan Amerika telah melaporkan bahawa 100,000 kemalangan di jalan raya dan industri di Amerika adalah berkaitan dengan masalah tidur yang melibatkan kehilangan 1500 nyawa setahun.
dari. Stanley Coren; 'Sleep Deprivation, Psychosis and Mental Efficiency,' Psychiatric Times, March 1999
Suruhanjaya khas untuk mengkaji tentang masalah ketiduran di Amerika telah melapurkan bahawa masalah ini telah menjejaskan produktiviti dan menyebabkan kerugian $100 - $150 billion setahun. (dari. Stanley Coren; Ibid) Saintis-saintis dari Universiti Chicago telah mendapati bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan gangguan kepada proses pengeluaran hormon, melemahkan kemampuan badan untuk memanfaatkan kabohidrat di dalam badan, dan mewujudkan keadaan yang seakan penyakit kencing manis.
(Rujukan: Tinker Ready (2000); 'Naps: The Art of Snoozing')
Seseorang yang tidur 3-4 jam kurang daripada kadar tidurnya yang biasa, akan mudah mengalami tekanan perasaan (stress) dan akan mudah dijangkiti kuman, disebabkan oleh sistem pertahanannya yang menjadi lemah. Penemuan ini telah dilapurkan di dalam majalah perubatan 'Lancet' pada pada bulan Oktober, 1999.
(Rujukan: Lancet: 'Impact of Sleep on Metabolic & Endocrine Function)
Tidur Dan Kerehatan Yang Berpatutan Adalah Ibadah
Islam adalah satu agama yang seimbang. Ia mementingkan tidur dan kerehatan agar ibadah dan aktiviti akan dapat dilakukan dengan baik. Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)
Islam tidak hanya menyuruh seseorang itu tidur, malah menekankan bahawa ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabipun terus mengeluarkan arahan: "Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur."
(Bukhari-Muslim)
Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang. Tidur secara yang munasabah adalah merupakan salah satu cara untuk mengembalikan kecergasan diri.
Sunnah Tidur Tengahari Dan Penemuan Semasa
Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."
Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai suatu yang keji.
Posted by Zulfahimi bin Husain at 6:18 pm 1 comments
Thursday, March 23, 2006
assalamualaikum...welcome to myself :)
hm...sebenarnya tak tau mende nak tulis....ni pun en. koji yg paksa koi buat blog ni. isi lapang. harap2 all bole bagi komen yg membina. yg hampeh2 simpan dalam ati aje la yek!! tak menyakitkan mate nih membaca...hati pun sakit sama.
Posted by Zulfahimi bin Husain at 10:22 pm 0 comments